Wednesday, August 20, 2008

Chapter Four

Taman Sri Cempaka, Seremban

"Mama, bila alia tu abis study yer?"

"Tahun ini abisla studynya tu... kenape long.. kau dah carikan kerja utk dia ke?"

"Ada lah juga along tengok2kan kerja dkt syarikat along bekerja tu tapi biarlah dia rehat di rumah buat sebulan dua dulu.. kalau dah kerja nanti, busy memanjang shj.. tak dapat la pulak mama nak berjalan dgn dia.. mcmlah along tak tau mama tu berjalan je la dgn alia tu kan kalau dia cuti..sampai ke mana-mana ntah merayaunya kan .. boleh sampai JB tu.."

"Ehehe..betul jugak tu..biarlah dia kat rumah ni cuti sekejap lepas tu baru la cari-cari kerja kan. Dapat gak mama meround dulu.. Kalau bernasib baik, boleh ikut dia bershopping dengan amir, dapatla mama pau handbag ke.. kasut ke.. eheheh"

"Mama...niat tu shopping aje ek..mentangla bf alia tu anak orang kaya..bussinessman pulak tu, mama tumpang sekaki la yer.."

"Ala..bukan selalu pun long...sekali sekala shj..Ha, kau ni pulak dah sarat long tp berani jugak balik sini sorang-sorang.. suami kau, azrul tu tak risau ke biarkan kau drive sorang-sorang?"

"Erm dh biasa la ma... abg Azrul tu sentiasa sibuk dgn kerja.. jadi along sunyi duduk rumah sorang-sorang..lebih baik along balik berbual dgn ma.. lagipun bukannya jauh sangat Seremban-KL ma, 45minit drive aje dah sampai" Aina Safina cuba menyembunyikan kedukaannya

"Sibuk sangat ke azrul tu.. kalau balik seremban ni kau aje yg balik sorg kan"

Mama seakan tidak berpuas hati.. terkadang dia kesal dengan sikap menantunya yang tidak menjaga anaknya dengan baik. Masih teringat-ingatnya akan kejadian anak sulungnya beria-ia menghubungi suaminya itu di suatu petang untuk mengajak makan malam bersama-sama family mereka tetapi sampai ke malam talian tidak berjawab dan tiada panggilan balik yang diterima oleh anaknya..akhirnya anaknya makan dengan mata yang merah.. pasti dia menangis di bilik sebelum bersama mereka..pasti anaknya menahan perasaan sedih dan geram yang membuak-buak..

Perasaan wanita yang sedang mengandung sangat sensitif. Sentiasa beremosi. Kesal sungguh dia, kusut pemikirannya memikirkan hal mereka berdua. Susah sangat ke nak menjaga hati anaknya yang sarat mengandung. Sudahlah mereka menanti kehadiran cahayamata ini bertahun lamanya. Mama sentiasa berdoa agar azrul berubah suatu hari nanti dan along akan tersenyum bahagia kembali..

"Dia sibuk ma..biarla dia dengan urusan kerja yang tak pernah selesai tu. Apa kata kalau kita g jusco? Along pun nak survey stroller utk baby dear ni.. sambil tu boleh kita makan steamboat Johny's lunch ni..dah lama along teringin ma, mengidam gitu.. ehehehe"

"Ha yela..menarik jugak idea kau tu... papa kau pun kerja so tak balik lunch, kita makan luar aje lah...mama bersiap dulu yer"

"Amboi mama, kalau nk keluar berjalan bukan main yer"

Mama tersengih-sengih menuju ke biliknya.

Aina Safina tersenyum sambil matanya mengerling kelibat mamanya terkedek-kedek menaiki tangga. Perutnya yang memboyot diusap perlahan..

Ya Allah, hilangkanla deritaMu ini...tak sanggup aku menanggungnya lagi.. aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan dugaanMu ini..Aina kembali menyeka airmatanya yang gugur entah kesekian kalinya..

**********************************************************

Uncle Chillis, Pj Hilton

"Azrul, kau ni tak nak balik rumah ke? Kesianla sikit dkt wife kau yang tgh sarat tu.. dh pukul 11 ni.. balik la" Sofian cuba memujuk azrul yang kelihatan masih terkinja-kinja mendengar lagu

"Kau nak balik .. kau balik.. aku check in sini.. " Azrul tersenyum smbil terbayang janjinya dengan Sofia, teman wanita barunya. Lagi setengah jam, Sofia akan datang menemaninya. Syurga.. syurga.. walaupun hanya syurga dunia.

Kenapa baru skrg dia menemukan syurga dunia.. Argh..dulu dia terlalu taksub dengan cintanya pada Aina.. nasib baik Sofia muncul dikala dia merasakan dirinya tidak lagi diberi perhatian. Muak melihat tubuk isterinya yang membesar dan jijik dengan bau muntah isterinya menyebabkan dia sentiasa mengelak utk balik ke rumah.Kini dia merasakan bagai burung helang yang bebas terbang mencari mangsa..

"Sukati kau lah..." Sofian mendengus dan bergegas pergi

Azrul hanya ketawa riang dan kembali ke dance floor setelah meneguk rakus chivas, minuman kegemarannya. Telefon bimbit kembali dimatikan. Malam ni dia mahu enjoy tanpa sebarang gangguan

To be continue...

No comments: