Wednesday, September 17, 2008

Chapter Five

Fakulti Sains Komputer

Kertas tutorial Software Engine kutatap penuh minat.. Sebentar lagi kelas tutorial akan bermula.. Banyak yang perlu ditelaah, final lagi sebulan akan menjelang, dengan tesis yang belum siap lagi.Aduh, pening kepala aku memikirkan kerja yang menimbun. Erm.. tp rasanya dh byk kali aku buat full revision, assignment semua pun sudah siap dihantar, projek-projek pun sudah lengkap. Group presentation juga sudah selesai. Cuma presentation utk tesis shj yg perlu aku betul-betul ready... Esok aku akan all out utk tesis pulak... sedang aku berkira-kira dgn semua revisionku tiba-tiba seseorang menyapa...

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.. eh deen, tak lunch ker? " Coursemate ku, salahudin mendekati

"Nak lunch la ni.. err aku sebenarnya serba salah nak cakap tp mcm aku kena juga citer something kat kau la alya"

"Cerita ape yer? Gosip ker ape ni?" Berdebar pulak aku rasa

"Erm...kalau aku cerita,kau janji jgn marah aku.. boleh? Kau kena percaya aku"

"Ok aku janji, cerita lah cepat" Ujarku yang semakin tidak sabar

"Erm sebenarnya hal ni berkenaan dengan bf kau..."

"Huh.. Macamana kau kenal dia? Kenapa dengan dia?" Tanya ku separuh menjerit smbil wajah amer yang hampir seminggu tidak kutemui menjelma diingatan

"Tenanglah alia.. aku cerita utk kebaikan kau juga.. boleh kau bertenang?" Deen seakan resah

"Ok sekarang aku dh ok.. kau cakap kenapa dgn amer, sekarang juga deen"

"Kau tahu kan aku duduk Persona condo.."

"Yer.. yer.. so?"

"Sebenarnya aku selalu nampak bf kau lepak dkt Persona dgn seorang perempuan.. Memang mesra.. selalunya aku terserempak pagi-pagi semasa aku hendak pergi kuliah, dia tergesa-gesa keluar dari Persona.. I'm so sory Alya.. aku tak tahu samada aku patut bagitau kau ke tidak.. puas aku ambil masa berfikir samada aku patut bagitau.. tapi aku taknak kau lagi kecewa dan terluka dikemudian hari, jadi aku ambil keputusan utk bersemuka dengan kau..I'm realy sory alya"

"Deen.. kau betul-betul tak salah org kan.." Bagaikan menelan pasir aku masih cuba bersuara membela amer

"Aku rasa aku tidak salah org alya.. bf kau pakai honda civic hitam kan..Plus.. aku terpaksa ambil gambar mereka utk tunjuk pada kau... sory alya.. aku tak nak kau kata aku menipu kau dan aku tidak hendak kau terus ditipu.. kau gadis baik.. kau berhak dapat seseorang yang lebih baik"

Segala kata-kata deen tidak kuhiraukan.. terbang bagai angin lalu

"Deen, mana gambar dia.. tunjuk pada aku sekarang juga"

Aku segera merampas hp yang deen dihulurkan...Sah..Sudah terang lagi bersuluh.. Gambar amer sedang berpelukan mesra dengan Mel, personal assistant di ofisnya di parking lot Persona condo. Amer memaut erat pinggang Mel sambil sebelah tangan mengusap rambut Mel yang panjang mengurai. Ternyata amer mengkhianati aku. Dulu dia selalu mengutuk dan memarahi personal assistantnya itu.. ternyata itu semua lakonan semata-mata utk mengaburi pandanganku.. Aku minta izin deen utk transfer gambar tersebut ke hp aku..Cukup sebagai tanda ingatan agar aku tidak berlembut hati untuk sekali-kali memaafkan amer. Deen hanya menganggukkn kepalanya.

"Terima kasih... terima kasih banyak for the info k" Hp deen kembali kuserahkan

Aku melangkah longlai ke perhentian bas. Tak mampu untuk menghadiri tutorial Software Engine petang ini. Air mata yang sentiasa berlinangan ku seka pantas.

Ya Allah.. beratnya dugaanMu ini. Kau tahu betapa aku menyayangi amer sepenuh hati. Aku cuba membahagiakannya dirinya sedaya mungkin. Tak terlintas sedetik pun untuk aku menduakan dirinya. Kenapa tergamak dia melakukan perbuatan sekejam ini terhadap aku. Dia hanya manusia. Manusia memang senang melakukan kesilapan. Sebenarnya aku tidak begitu terkejut dengan berita yang melukakan ini. Aku seakan telah mengesan perubahan amer sejak kebelakangan ini cuma aku cuba menafikan semua benda buruk yg mungkin terjadi kerana aku tak mampu untuk kehilangan amer. Tapi kini,aku harus melepaskannya pergi. Seakan terbayang-bayang wajah kak long yang sentiasa muram dusta akibat perbuatan suaminya. Akhirnya nasibku sama seperti kak long. Hanya dipermainkan lelaki. Bezanya aku masih belum terikat dengan ikatan perkahwinan. Kenapa semua lelaki di dunia ini sangat kejam... Apakah erti cinta dan pengorbanan seorang wanita bagi diri mereka? Yang pasti aku serik untuk mengenal lelaki.

Perjuangan hidup harus diteruskan. Yang penting aku kena kuatkan semangat untuk menghadapi final exam yang semakin hampir. Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu yang lemah ini. Amin

To be continue...

Wednesday, August 20, 2008

Chapter Four

Taman Sri Cempaka, Seremban

"Mama, bila alia tu abis study yer?"

"Tahun ini abisla studynya tu... kenape long.. kau dah carikan kerja utk dia ke?"

"Ada lah juga along tengok2kan kerja dkt syarikat along bekerja tu tapi biarlah dia rehat di rumah buat sebulan dua dulu.. kalau dah kerja nanti, busy memanjang shj.. tak dapat la pulak mama nak berjalan dgn dia.. mcmlah along tak tau mama tu berjalan je la dgn alia tu kan kalau dia cuti..sampai ke mana-mana ntah merayaunya kan .. boleh sampai JB tu.."

"Ehehe..betul jugak tu..biarlah dia kat rumah ni cuti sekejap lepas tu baru la cari-cari kerja kan. Dapat gak mama meround dulu.. Kalau bernasib baik, boleh ikut dia bershopping dengan amir, dapatla mama pau handbag ke.. kasut ke.. eheheh"

"Mama...niat tu shopping aje ek..mentangla bf alia tu anak orang kaya..bussinessman pulak tu, mama tumpang sekaki la yer.."

"Ala..bukan selalu pun long...sekali sekala shj..Ha, kau ni pulak dah sarat long tp berani jugak balik sini sorang-sorang.. suami kau, azrul tu tak risau ke biarkan kau drive sorang-sorang?"

"Erm dh biasa la ma... abg Azrul tu sentiasa sibuk dgn kerja.. jadi along sunyi duduk rumah sorang-sorang..lebih baik along balik berbual dgn ma.. lagipun bukannya jauh sangat Seremban-KL ma, 45minit drive aje dah sampai" Aina Safina cuba menyembunyikan kedukaannya

"Sibuk sangat ke azrul tu.. kalau balik seremban ni kau aje yg balik sorg kan"

Mama seakan tidak berpuas hati.. terkadang dia kesal dengan sikap menantunya yang tidak menjaga anaknya dengan baik. Masih teringat-ingatnya akan kejadian anak sulungnya beria-ia menghubungi suaminya itu di suatu petang untuk mengajak makan malam bersama-sama family mereka tetapi sampai ke malam talian tidak berjawab dan tiada panggilan balik yang diterima oleh anaknya..akhirnya anaknya makan dengan mata yang merah.. pasti dia menangis di bilik sebelum bersama mereka..pasti anaknya menahan perasaan sedih dan geram yang membuak-buak..

Perasaan wanita yang sedang mengandung sangat sensitif. Sentiasa beremosi. Kesal sungguh dia, kusut pemikirannya memikirkan hal mereka berdua. Susah sangat ke nak menjaga hati anaknya yang sarat mengandung. Sudahlah mereka menanti kehadiran cahayamata ini bertahun lamanya. Mama sentiasa berdoa agar azrul berubah suatu hari nanti dan along akan tersenyum bahagia kembali..

"Dia sibuk ma..biarla dia dengan urusan kerja yang tak pernah selesai tu. Apa kata kalau kita g jusco? Along pun nak survey stroller utk baby dear ni.. sambil tu boleh kita makan steamboat Johny's lunch ni..dah lama along teringin ma, mengidam gitu.. ehehehe"

"Ha yela..menarik jugak idea kau tu... papa kau pun kerja so tak balik lunch, kita makan luar aje lah...mama bersiap dulu yer"

"Amboi mama, kalau nk keluar berjalan bukan main yer"

Mama tersengih-sengih menuju ke biliknya.

Aina Safina tersenyum sambil matanya mengerling kelibat mamanya terkedek-kedek menaiki tangga. Perutnya yang memboyot diusap perlahan..

Ya Allah, hilangkanla deritaMu ini...tak sanggup aku menanggungnya lagi.. aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan dugaanMu ini..Aina kembali menyeka airmatanya yang gugur entah kesekian kalinya..

**********************************************************

Uncle Chillis, Pj Hilton

"Azrul, kau ni tak nak balik rumah ke? Kesianla sikit dkt wife kau yang tgh sarat tu.. dh pukul 11 ni.. balik la" Sofian cuba memujuk azrul yang kelihatan masih terkinja-kinja mendengar lagu

"Kau nak balik .. kau balik.. aku check in sini.. " Azrul tersenyum smbil terbayang janjinya dengan Sofia, teman wanita barunya. Lagi setengah jam, Sofia akan datang menemaninya. Syurga.. syurga.. walaupun hanya syurga dunia.

Kenapa baru skrg dia menemukan syurga dunia.. Argh..dulu dia terlalu taksub dengan cintanya pada Aina.. nasib baik Sofia muncul dikala dia merasakan dirinya tidak lagi diberi perhatian. Muak melihat tubuk isterinya yang membesar dan jijik dengan bau muntah isterinya menyebabkan dia sentiasa mengelak utk balik ke rumah.Kini dia merasakan bagai burung helang yang bebas terbang mencari mangsa..

"Sukati kau lah..." Sofian mendengus dan bergegas pergi

Azrul hanya ketawa riang dan kembali ke dance floor setelah meneguk rakus chivas, minuman kegemarannya. Telefon bimbit kembali dimatikan. Malam ni dia mahu enjoy tanpa sebarang gangguan

To be continue...

Tuesday, August 12, 2008

Chapter Three

Vista, 8.00pm

"Lia.. jadi ke kau nak scaling gigi?"

"Jadi la Mie.. aku nak gigi aku bersinar-sinar time present nanti.. biar semua terpegun tengok gigi aku.. hihihi"

"Ish.. tader lain igtnya budak ni.."

"Bila aku kena pi PPUM ni.. esok leh?"

"Boleh... datang awal sket... esok petang bf aku nak datang.. "

"Erm...petang kau nak dating yer.. okes.. aku datang pagi lah"

Itulah dia roommate ku Umie, walaupun bz dgn mock final dia.. tp kalau bab dating mesti ada masa.. Dalam diam sebenarnya aku mengkagumi semangat kental umie... 2 tahun dia kena mengulang dental study dia, semuanya sebab dia tak dapat concentrate study semata2 kerana cinta.. Berkasih dengan suami orang banyak dugaan.. tapi mmg bukan salah umie pun pada mulanya.. Bermula dengan chatting di alam siber, bertukar2 no hp dan si dia mengaku masih bujang kerana kecewa.. akhirnya terpaut hati.. Rahsia hanya terbongkar setelah 2 tahun bermain cinta.. ketika itu, semua telah terlambat.. perasaan cinta sangat kuat sehingga segala dugaan sanggup ditempuhi.. pada saat rahsia terbongkar itu la umie terpaksa mengulang dental studynya.. sebab ketika itu dia cuba utk memutuskan hubungan ttp ternyata dia terlalu lemah utk menghadapi dugaan itu..
Sehingga kini hubungan harus diteruskan utk umie terus mampu menghabiskan pengajiannya.. Janjinya kepadaku utk memutuskan hubungan cintanya sebaik sahaja ijazah berada di genggaman.. Akan kutuntut janjinya itu

"Ko menung ape tu beb?" Umie memecahkan lamunanku

"Eh.. tader ape.. cuma terkenangkan amer.. dia sgt busy lately.. malam2 kalau aku call susah nak reach dia.. kadang2 hilang smpi 2-3 hari tanpa kesan.. runsing juga aku...final2 year ni.. nak concentrate study pun susah" Menukar topik adalah kehandalan Alia Syafana ttp mmg aku ambil kesempatan utk mengadu kekusutan di hati ketika ini..

"Kau kena sentiasa igt pada family kau tau.. dont bother him.. ape2 hal dengan study kau... parent kau yang susah...amer tak rugi ape.. but dun wory la.. amer baik.. cuma dia kerja keras sikit utk business dia.. utk future you all juga"

"Tulah..aku pun harap begitu.. aku harap dapat maintance pointer aku"

"Jangan bergantung sangat dengan amer tu, dia dh berjaya.. kalau dia ada gf lain pun.. dia tk rugi ape.. kau tu concernkan study kau"

"Erm kau ni kan.. kalau part jadi advisor.. tip top.. cuba nasihatkan diri sendiri boleh??"

"Lia.. aku anggap kau ni mcm adik aku.. aku syg sgt dkt kau... dh berapa tahun kita jadi roommate.. tk pernah gaduh kan.. terasa sket2 tu mungkin lah.. so aku taknak kau jadi mcm aku.. selagi kau ada peluang utk memiliki yang terbaik dalam hidup.. rebutla peluang tu.. janganlah kau jadi mcm aku"

Terasa sebak pulak dengar pengakuan umie...
"I love you so much long.. aku harap kau jadi kakak aku sampai bila-bila..."

"I will baby .. now and forever.. walaupun kau selalu habiskan keropok aku.. ganti balik stock aku weiii!!"

Kami ketawa dalam tangisan...

************************************************************

UM lunch time


Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

Aku tersentap.. siapa yang pakai ringtone lagu itu... sejak aku terima kad bersama lirik lagu kenapa singgah jika tidak masuk nyanyian flava itu.. aku jadi cepat sensitif kalau lagu tu keluar..

"Weh best sik ringtone baru aku..?"

"Best gak... mun kauk sik guna, mau aku pakei" June rupanya

"Alia.. kau nak ikut aku and nuar layan ayam golek nara dekat pantai dalam? Jum lah"

"Erm.. nanti menyusahkan nuar pulak"

"Ala.. mcm biasalah.. "

"Oklah.. nak itot..."

Seperti biasa, kalau kami keluar bertiga, Nuar, bf kesayangan June akan menghantar aku atau June dulu ke destinasi dan kemudian mengambil salah seorg dari kami yang tertinggal.. Mereka merupakan kawan baikku dari zaman asasi lagi.. As long kami dapat berjalan bersama-sama.. kami redah aje.. destinasi kegemaran ialah Midvalley atau Pantai Dalam... kali ni giliran aku pergi dulu dan June akan menunggu turn di fakulti..

Ayam Nara, Pantai Dalam


"Kau gi la chop tempat and order mcm biasa yerk" Nuar bersiap utk mengambil June pulak

"Okes roger and out"

Then pelayan pun datang mengambil pesanan

"Adik, nak order ape?"

"Saya nak ayam golek seekor, sayur campur, nasi 3, sambal belacan" Aku cuba mengingat pesanan nuar sebaik mungkin

"Air?"

"Teh o ais 3"

"Askum..."

"Wsalam.. err zaidi?? Apa awak buat dkt sini?"

"Makan dengan kawan2.. meja sana tu..erm.. tadi tu bukan bf alia kan.. selalu nampak alia lepak dengan dia dan awek dia"

"Aah.. tu kawan saya dari zaman asasi...dia pergi ambil awek dia pulak..awek dia pun June la.."

"Tau.." Sambil tersenyum memandang aku

"Kenapa senyum-senyum ni?"

"Ingat tak apa zaidi ckp mlm hari tu?"

"Apa yer.. ?" Sebenarnya aku hendak dengar balik apa yg zaidi ucapkan malam hari itu.

"Aik.. takkn dah lupa?"

"Serius lupa..." Ehehehe

Mestila aku igt setiap patah perkataan yang dia ucap malam tu..
"Zaidi suka tgk alia dari first year smpi skrg.. jadi bagi la peluang utk zaidi kenal dan kawan dgn alia final semester ini.. penat zaidi kejar alia.. mana alia pergi zaidi track.. so janganla alia terkejut kalau tgk zaidi sentiasa ada berdekatan dengan alia.. mmg intention zaidi utk sentiasa dekat dgn alia... harap alia terima salam perkenalan dari zaidi"

"Tapi zaidi yakin alia tak lupa sbb alia sedang senyum" Alamak cepat-cepat aku mematikan senyuman..

"Nak join kami lunch?"

"Nope.. zaidi dh full ni"

"Hari ni zaidi bwk kereta kakak.. zaidi tumpangkan alia boleh? Kesian kawan nk ulang alik tu.." Amboi alasan

"Erm bolehlah.. tp kwn2 zaidi taper ke?"

"Diorg semua bwk motor tu.. lepas ni ada meeting bola"

"Yeke.. oke lah.. alia makan dulu yer.. kwn2 pun dah smpi"

"Ok zaidi nak jumpa kwn2 pulak.. nk bagitau zaidi balik dgn alia lepas ni"

"Aah yelah"

To be continue..

Tuesday, August 5, 2008

Chapter Two

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku


Lirik lagu kumpulan flava yang sangat popular itu ku tatap.. siapa pula yang bagi aku kad ni....

"Siapa beri kad ni adik?"

"Erm.. rahsia akak...tp abang ni mmg baik lah...dia kirim salam.."

"Waalaikumussalam... terima kasih yer"

Aiks... dah third year baru dapat card... kelakar la pulak... selalu junior yang tengah hot.. ni pesal aku lak jadi mangsa... sure diorang ingat aku ni junior... alamak perasan...

Ku kerling jam di tangan... 8.25am... dh lewat ni... Nanti cik Suraya bad mood pulak student-student dia masuk lewat.. lagi 5 minit shj lagi kelas nak start...dah la aku ni terkedek-kedek...sapa suruh pakai heel 3 inch g kuliah... nasiblah... ala tadi amer hantar... bila lagi aku nk melaram... tiba2 dapat surat dari secret admire.. heaven...heaven...

Masuk shj ke Dewan Kuliah 2... student dh ramai... mana nk duduk ni...selalu duduk dgn june...dia period pain pulak hari ini...ha..ada pun norman.. duduk dgn dia la

"Weh.. aku duduk sini ek"

"Ha...duduk lah"

"Kenapa mata ko merah semacam je ni...?"

"Aku tak tidur la malam tadi... layan MU lawan Chelsea... glory glory MU"

"Sabar ajek..."

"Alia.. mcm biasa lah... ko sign untuk aku leh tak? Aku nak balik tido la.. Ngantok tahap raksasa gaban melawan ultraman taro"

"Heh heh heh... ok lah... Selamat "

"Notes aku amek kat ko la yerk next week.."

"Yelah yelah..."

Then Norman dgn bangganya menuruni anak tangga utk balik tidur meninggalkan aku keseorangan. Aku ni mmg kurang kawan sikit.. maybe nampak pendiam.. ttp sebenarnya masa banyak dihabiskan dengan berdating dan lepak bersama-sama geng sarawakian aku... so masa di fakulti sangatlah terhad.. kalau ada pun kawan-kawan sama asasi aje lah.... standard la di UM.. semua pun bersikap individualistik.. biarlah yang penting aku tahu bawa diri sudah.

Mana pulak cik Suraya ni... karang aku pun balik sambung tidur karang..tp amer janji nak breakfast sekali. pukul 10 dia akan ambil aku dan lepas breakfast dia drop aku dekat library...lagi pun tak kuasa aku turun bukit dengan heel 3 inch aku ni...hilang glamer you...erm baiklah aku belek2 card yang aku dapat tadi...cantik gak... mana sender ni tahu aku suka lily yer...card berlatarbelakangkan bouquet of lily... musti org yang aku kenal.. amer pun tak tau bunga kegemaran aku.. kalau gaduh sure dia hulur roses... but better than nothing la kan...

Eh norman ada di bawah lagi.. lagi menakjubkan sedang berbual dgn mamat bercap yang langgar aku tu... balik je la norman...apsal la kau naik atas balik dengan mamat tu.. sure tak jadi ponteng la ni.. tp takyah la bawak mamat tu duduk skali dgn aku....Kenapa lah aku asyik jumpa dengan dia aje.. dari semalam dah 3x kali aku jumpa dengan dia... busan busan

"Alia.. kenalkan .. kawan aku.. zaidi"

"Hi"

"Hi alia.. sakitla lagi ker?"

"Ko sakit ape alia?" Norman terpinga

"Syyyy.. cik suraya dah masuk" Nak prolong hal semalam pulak.. malas aku nak layan...

Kelas Network Design pun bermula...

"Nanti kita buat discussion nak design network utk RHB bank tu ok" Aduh.. tak pasal2 aku kena buat group presentation dengan norman dan zaidi ni..alu letak nama june skali...

"Next week cik Suraya nak tgk update lah so kita kena discuss asap"

"Ok nanti kita discuss... alia, kasi no hp yer.. senang saya nak contact utk discussion..." Leh caya ke mamat ni... karang dia jaja la no aku.. tk kasi karang charge jual mahal lak... so antara rela dan tidak....

"012-3556877"

"Ok saya dah save.. nanti saya confirmkan discussion date"

Then... tutt tutt.....

"Sayang... keluar la cepat.. i tunggu depan foyer ni...lapor ni lapor"

"yup.. i otw ni"

Nasib la buah hati pengarang jantung aku dah sampai...baik aku g breakfast dari duduk dgn diorang...

"Saya gerak dulu yer.. c ya' soon"

"ok"

*************************************************************

"Dear... u ingat tak that guy yang i cerita malam semalam? yang main rempuh je i tu.. i kena buat group presentation dgn dia ok.. tak sukerr... oh by the way... nama dia zaidi"

"Ala... group presentation.. normal la tu bebeh.. i dulu berlambak group presentation tau masa kat MMU dulu"

"That's not the point la bebeh, i tak suka dia suka stare i mcm nk makan org..."

"Tell me.. mana lelaki yang tak suka tengok u?"

"Then u tak jealous langsung la?" Marah tul aku dgn laki aku ni

"Nope... nothing to jealous.. you are mine.. diorg dapat tgk aje.. so kasi chance la"

"So mcaner nak buat you jealous?"

"Nothing will do bebeh... makan cepat.. i ada appointment at 12"

"Huhuhu... ok then, drop me at library after this"

"Sure sayang"

So that's my amer... simple and understanding... makcik sukerr ok....

*************************************************************

Library

"Alia.. psst.. alia.." Er.. zaidi la

"Iyer zaidi... kenapa?"

"Boleh duduk dengan awak? Penuh la semua tempat.. musim exam ni kan"

"Ermm.. oke lah"

"Awak study ape tu?"

"System architecture"

"Ooo.. ok"

Masuk kali ini shj sudah 4 kali aku 'terpaksa' terserempak dgn zaidi... kenapakah? kenapa? Sekarang dia duduk sebelah aku.. Mamat ni cute ok... Suka buat hal sendiri.. tapi mana pulak kawan2 yang selalu bersama dgn dia.. kenapa dia keseorangan sekarang? Since dia dh duduk sebelah aku terpaksalah aku curi2 pandang wajah dia..Bersih dan tenang...Sebenarnya perasaan agak tidak selesa duduk di sebelah zaidi.. berdebar pun ada tetapi aku kena studi juga.. byk topik yang tak cover lagi sbb asyik dating memanjang shj....

8.00pm

"Alia... bila awak nak balik? .. dah malam ni, jangan balik lewat sangat"

"Kawan kata nak jemput tapi dari td saya call dia tak berangkat pulak" Geram sangat aku dgn amer... tadi janji nak ambil aku pukul 6ptg tp smpi skrg call hp dia tidak berangkat. Nanti akan keluar la regular excuses dia, i meeting dengan client la... i tggu client sign cheque la.. and whatever reasonable excuses

"Nak tumpang saya?"

"Awak bawak motor kan.. Saya tak pernah naik motor.. takut" Mula la aku menipu

"Semalam bukan awk naik motor dgn kwn perempuan awak ke dekat seksyen 14?" KANTOIIII

"Er... taper la.. saya tggu bus.. satu hala shj ke vista tu.. bukan jauh pun"

"Kalau macam tu.. sy temankan awk tunggu bus yer.. bahaya la malam2 ni tunggu buss sorg2.. dahla awk pakai kasut tumit tinggi tu.. senang je org jahat tangkap awk"

"Erm.. awk ni takutkan saya la.. sekarang awak kena teman sy tunggu bus"

"Eheheh ... baik"

Kami berkemas-kemas dan menuju ke bus stand di depan library.. Tiba-tiba zaidi memecah kesunyian malam

"Alia.. ni last sem untuk kita kan.. lepas ini kita akan berpecah mengikut hala tuju masing2"

"Aah betul tu.. apa plan awk lepas abis study ni zaidi?"

"Saya ingat nak kerja sementara tunggu result. Alia..sebenarnya dah lama saya nak beritahu sesuatu pd awk..."

"Apa dia?" Berdebar la pulak dengar zaidi bicara begini.. selama 3 tahun di fakulti, tiba-tiba 2 hari ini kami berinteraksi dengan kerapnya

To be continue..

Monday, August 4, 2008

Chapter One

Perut berkeroncong tapi diet ini mesti aku teruskan... Balik ni kerjakan keropok Umie lah... alas perut... Habis kuliah Network Management sebentar tadi aku terus bergegas hendak balik rumah sewa.. malas nak lepak lama-lama dekat fakulti.. sebab ramai yang lepak fakulti pun busy berdating... aku nak berdating dengan siapa... nasib badan la kan.. siapa suruh cari bf yang dah kerja.. tk merasala nikmat berdating semasa kuliah... tp ada bf bekerja best jugak.. ada lah orang jadi tukang sponsor macam-macam.. just name it and u'll get it.. hihiihi.. alamak .. apa la yang aku merapu ni.. better pergi tunggu bus or teksi.. ada juga faedahnya dari merapu tak tentu hala ni...

Sedang aku kalut2 keluar dari DK 1(dewan kuliah 1), tiba-tiba seorang mamat merempuh aku.. sakit woo... siapa plak la bedebah yang berani merempuh aku ni...

"Weh...apahal langgar-langgar orang ni..buta ker?!@! mata letak kat mana?"

"Sorry awak.. saya tak sengaja.. saya lambat masuk kuliah ni... "

"Helo.. kuliah ape nyer lagi.. Network Management dh abis setgh jam tadi.. Prof Noraini ada hal sket so dapat keluar awal... tulaa siapa suruh datang lambat lagi"

"Tadi saya ada hal penting .. terpaksa dtg lambat..Sorry awak... sakit ker awak? Kuat jugak saya langgar awk.. mana yang sakit? Nak pergi beli plaster ke.. jumpa dr ke"

"Taperla.. "

Sopan santun lak mamat ni... baik aku blah before dia nak mintak notes aku...

Tiba-tiba seperti yang aku jangka

"Errrr, sory kalau nyusahkan... boleh tak saya nak copy notes kuliah tadi.."

"Ala.. awk pergi aje dkt pc dpn dewan kuliah tu.. ada notes kuliah tadi.. macam tak biasa...."

"Yelah.. lupa.. see ya' next class ye alia.."

What the heck?? Dia tau nama aku lah, how come ??

"Errr.. oke"

Siapa ye mamat yang langgar aku tadi...Actually aku selalu nampak dia .. selalu dia dengan kwn2 dia.. kadang2 buat group discussion la.. kadang2 masa makan2 kat cafe...hari ni dia sorg2 la plak... simple dan ordinary saja dia tu...setia dgn cap dia... kadang2 aku suka tgk gak..cute gak... enough miss alia.. jgn start fikir pasal lelaki lain.. ko dah ada amer, yours truly.. ok ok fine... langkah kaki aku teruskan sehingga depan library UM...

Tiba-tiba

Tutt... tutt..

"Hello.."

"Hai sayang.. dekat mana tu? I otw nak pergi jumpa client dekat Sri Hartamas.. ingat nak singgah lunch ngn u sekejap, ok tk bebeh?"

"Yeay... i baru nak amek cab balik rumah.. boleh la ayang.. i tunggu u then kita lunch dkt baktisiswa aje la ye.. dekat sikit" Rosak diet gue pui.. pui...

"Ok then.. tunggu lagi 5 minit i sampai.. dah dekat ni"

"Ok dear"

Yeay amer nak jemput ... tkyah susah2 tunggu cab.. Mahu tak bangga weh.. student macam aku dapat bf bussinesman macam amer.. muda-muda lagi dah pakai honda civic latest edition.. kalau dia ambil depan bus stand dkt library tu sure org jeling menjeles punya lah especially aweks... hihihi kembang kempis hidung aku sambil naik kereta ...

Tutt..tutt...

" Bebeh.. where are you? dah setengah jam I tunggu ni?? "

" Sorry bebeh... my client want to see me urgently... I have to cancel lunch date kita... I'll fetch u right after that ok? We do shopping some more.. sory dear I love you"

" Next time please dont do promises that u cant keep.. always like this.. sakit hati I.. fyi, I bz malam ni.. ada assignment kena submit esok... tak boleh keluar dengan u...bye!" *Dari aku kasi muka kat ko... baik aku ikut Jehan pergi Seksyen 14 beli grocerries and then lepak kat McD...dah sah2 janji ditepati...

Buduh punya bf... tau tadi dah lama aku balik tido.. ni duk la terpacak mcm tiang kat depan bus stand ni....ni semua riak punya pasal la tadi... Astagfirullah... janganla aku riak lagi... positive thinking alia... now your diet still on, okla tuh.. dan dalam kepala terus terbayang keropok Umie yang ada dalam peti ais...

*************************************************************

8.00 malam
Jaya Supermarket, Sekyen 14, PJ



"Weh jehan.. kita nak beli beras berapa kilo ni.. ko jgn beli byk sangat tau.. aku diet ni.. rugi duik aku aje tp aku tk makan pun.. lariksss"

"Alia.. beras kita beli kat kedai runcit mamak dpn tu jela.. menggigil aku nk bwk naik motor ni karang, berat woo.. aku nak beli deodarant ngn pad je kat Watson.."

"Ceh.. benda-benda tu pun ada dkt kedai mamak tu gak.. menggatai je nak beli jauh2 la ko ni"

"Alaa.. kau pun menggatai nak ikut aku kan...nak cuci mata la...nak ambil angin malam la.. mcm aku tak tau ko tengah angin dgn amer... hihihi"

"Hihihi.. yela jum p watson cepat.. satgi amer nak call aku.. karang kantoi lak aku kuar.. tadi gtau dia aku stay kat rumah siapkan assignment...malas nak panjangkan gaduh lagi"

"okla jum..."

"Eh.. jap jehan.. aku kenal laa mamat dkt starbuck tu..."

"Sape pulak ni alia.. sedara kau ke?"

"Dia langgar aku pagi tadi... sakit sampai skrg bahu aku.. dia buat kerja part time la dkt sini.. padanla lmbt masuk kelas..tapi sebelum ni dia tk pernah lewat pulak.. baru masuk kerja kot"

"Rajin la mamat tu.. kerja sambil study.. tak menyusahkan mak bapak ataupun kena cari sponsor nak belikan itu ini"

"Aiks..hang perli ka?"

"Aiks..hang terasa ka?"

Then kami tergelak-gelak sambil menuju ke Watson...

To be continue...