Fakulti Sains Komputer
Kertas tutorial Software Engine kutatap penuh minat.. Sebentar lagi kelas tutorial akan bermula.. Banyak yang perlu ditelaah, final lagi sebulan akan menjelang, dengan tesis yang belum siap lagi.Aduh, pening kepala aku memikirkan kerja yang menimbun. Erm.. tp rasanya dh byk kali aku buat full revision, assignment semua pun sudah siap dihantar, projek-projek pun sudah lengkap. Group presentation juga sudah selesai. Cuma presentation utk tesis shj yg perlu aku betul-betul ready... Esok aku akan all out utk tesis pulak... sedang aku berkira-kira dgn semua revisionku tiba-tiba seseorang menyapa...
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam.. eh deen, tak lunch ker? " Coursemate ku, salahudin mendekati
"Nak lunch la ni.. err aku sebenarnya serba salah nak cakap tp mcm aku kena juga citer something kat kau la alya"
"Cerita ape yer? Gosip ker ape ni?" Berdebar pulak aku rasa
"Erm...kalau aku cerita,kau janji jgn marah aku.. boleh? Kau kena percaya aku"
"Ok aku janji, cerita lah cepat" Ujarku yang semakin tidak sabar
"Erm sebenarnya hal ni berkenaan dengan bf kau..."
"Huh.. Macamana kau kenal dia? Kenapa dengan dia?" Tanya ku separuh menjerit smbil wajah amer yang hampir seminggu tidak kutemui menjelma diingatan
"Tenanglah alia.. aku cerita utk kebaikan kau juga.. boleh kau bertenang?" Deen seakan resah
"Ok sekarang aku dh ok.. kau cakap kenapa dgn amer, sekarang juga deen"
"Kau tahu kan aku duduk Persona condo.."
"Yer.. yer.. so?"
"Sebenarnya aku selalu nampak bf kau lepak dkt Persona dgn seorang perempuan.. Memang mesra.. selalunya aku terserempak pagi-pagi semasa aku hendak pergi kuliah, dia tergesa-gesa keluar dari Persona.. I'm so sory Alya.. aku tak tahu samada aku patut bagitau kau ke tidak.. puas aku ambil masa berfikir samada aku patut bagitau.. tapi aku taknak kau lagi kecewa dan terluka dikemudian hari, jadi aku ambil keputusan utk bersemuka dengan kau..I'm realy sory alya"
"Deen.. kau betul-betul tak salah org kan.." Bagaikan menelan pasir aku masih cuba bersuara membela amer
"Aku rasa aku tidak salah org alya.. bf kau pakai honda civic hitam kan..Plus.. aku terpaksa ambil gambar mereka utk tunjuk pada kau... sory alya.. aku tak nak kau kata aku menipu kau dan aku tidak hendak kau terus ditipu.. kau gadis baik.. kau berhak dapat seseorang yang lebih baik"
Segala kata-kata deen tidak kuhiraukan.. terbang bagai angin lalu
"Deen, mana gambar dia.. tunjuk pada aku sekarang juga"
Aku segera merampas hp yang deen dihulurkan...Sah..Sudah terang lagi bersuluh.. Gambar amer sedang berpelukan mesra dengan Mel, personal assistant di ofisnya di parking lot Persona condo. Amer memaut erat pinggang Mel sambil sebelah tangan mengusap rambut Mel yang panjang mengurai. Ternyata amer mengkhianati aku. Dulu dia selalu mengutuk dan memarahi personal assistantnya itu.. ternyata itu semua lakonan semata-mata utk mengaburi pandanganku.. Aku minta izin deen utk transfer gambar tersebut ke hp aku..Cukup sebagai tanda ingatan agar aku tidak berlembut hati untuk sekali-kali memaafkan amer. Deen hanya menganggukkn kepalanya.
"Terima kasih... terima kasih banyak for the info k" Hp deen kembali kuserahkan
Aku melangkah longlai ke perhentian bas. Tak mampu untuk menghadiri tutorial Software Engine petang ini. Air mata yang sentiasa berlinangan ku seka pantas.
Ya Allah.. beratnya dugaanMu ini. Kau tahu betapa aku menyayangi amer sepenuh hati. Aku cuba membahagiakannya dirinya sedaya mungkin. Tak terlintas sedetik pun untuk aku menduakan dirinya. Kenapa tergamak dia melakukan perbuatan sekejam ini terhadap aku. Dia hanya manusia. Manusia memang senang melakukan kesilapan. Sebenarnya aku tidak begitu terkejut dengan berita yang melukakan ini. Aku seakan telah mengesan perubahan amer sejak kebelakangan ini cuma aku cuba menafikan semua benda buruk yg mungkin terjadi kerana aku tak mampu untuk kehilangan amer. Tapi kini,aku harus melepaskannya pergi. Seakan terbayang-bayang wajah kak long yang sentiasa muram dusta akibat perbuatan suaminya. Akhirnya nasibku sama seperti kak long. Hanya dipermainkan lelaki. Bezanya aku masih belum terikat dengan ikatan perkahwinan. Kenapa semua lelaki di dunia ini sangat kejam... Apakah erti cinta dan pengorbanan seorang wanita bagi diri mereka? Yang pasti aku serik untuk mengenal lelaki.
Perjuangan hidup harus diteruskan. Yang penting aku kena kuatkan semangat untuk menghadapi final exam yang semakin hampir. Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu yang lemah ini. Amin
To be continue...
Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)